Nadia nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Dhani. Nadia juga nampak Dhani menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Dhani, gadis itu adalah kaDhan kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Dhani kian menjauh darinya, Dhani kerap keluar bersama gadis itu. Hati Nadia sakit!
Dhani jarang menelefonnya kini. Malah, kalau Nadia call di rumah, selalu saja keluar. Handsetnya juga selalu suruh tinggalkan pesanan suara saja, bila ditanya kenapa, kata Dhani habis bateri. Takkan sepanjang minggu habis bateri? Kalau dapat call pun Dhani cakap sikit saja dengannya. Seolah tidak ada lagi topik yang menarik hendak di kongsikannya bersama Nadia. Nadia rasa bahang perubahan sikap Dhani. Gara-gara kehadiran gadis cantik yang pulang dari London itu. Kononnya kaDhan lama, entah-entah kekasih lama!
“Gadis tu kan baru je datang dari luar negara, lagi pun mereka memang sahabat rapat dari kecil, memanglah banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tidak berjumpa.” Nadia mahu percaya kata-kata Nina yang memujuknya itu. Tapi cemburu dihati Nadia masih juga meronta-ronta tak mahu kalah. Tak boleh jadik nih!
“Tapi Nina.. Dhan dah berubah! Dia macam dah lupakan Dia.. macam dia dah malas nak jumpa atau sekurang-kurangnya berbual dengan Dia.. sejak kedatangan kaDhan baiknya yang cantik tu!” Geram Nadia bila teringatkan gadis itu. Sakit hati Nadia bila terbayang wajah cantik itu. Memang dia benar-benar cantik! Hidungnya lebih mancung dari Nadia, kulitnya putih dan halus. Bukan seperti Nadia yang berkulit sowo matang. Matanya besar dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik serta keningnya hitam lebat. Pipinya gebu dan licin macam kulit tomato. Bibirnya mungil dan merah jambu tanpa perlu disapu gincu. Rambutnya pula panjang lurus separas dada. Hati lelaki mana yang tidak tertaDhan. Nadia tahu beza antara dia dan gadis itu bagaikan langit dengan bumi.
Nadia pandang ke dalam cermin, pantulan dari cermin memaparkan wajahnya yang masam mencuka. Dia lihat keningnya yang nipis, matanya yang kecil dan bulu mata yang pendek. Kulitnya tidak sehalus dan segebu gadis itu. Bibirnya pucat saja. Kalau tidak memakai gincu langsung tidak menarik. Nadia mula bencikan rupanya! Dia ingin kelihatan cantik, lebih cantik dari gadis itu!
Nadia bandingkan pula dirinya dengan gadis itu, dia hanya mendapat Diploma dalam bidang Pengurusan dan sekarang jadi kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Gadis itu pula baru habis belajar di luar negara dengan gelaran Sarjana Muda Undang-undang. Kalau dapat kerja nanti, pasti gajinya menjangkau angka dua ribu. Ah! Gadis itu umpama permata yang berharga, manakala Nadia bagai pasir yang bertaburan dijalanan. Nadia mengeluh lagi.
“Pasti Dhani tidak berminat untuk bersamaku lagi.. Dhani sudah menjumpai gadis yang sesuai dengan dirinya..” kata Nadia sendirian. Nadia sedar, Dhani tidak setaraf dengannya, lelaki itu berkerja sebagai Timbalan Eksekutif di syarikat ibunya. Mereka adalah golongan berada, bukan macam Nadia yang sederhana. Namun hati Nadia masih berharap, dia berharap Dhani akan kembali mesra seperti dulu. Nadia ingat perkenalan mereka yang singkat tapi bermakna.
“Encik Haris ada?” itulah kata-kata Dhani ketika masuk ke pejabatnya untuk menemui bos Nadia, yang merupakan pelanggannya.
“ Emn.. dia keluar sekejap! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” ujar Nadia sambil mengkagumi rupa paras lelaki yang berdiri didepannya. Dhani kacak sekali. Senyumannya lembut dan suaranya lunak.
“Emn.. tak apalah! Biar saya tunggu dia..”
“Oh.. kalau begitu.. silakan..”
Dhani duduk di meja menunggu yang menghadap meja Nadia, Nadia sesekali melirik pada Dhani yang membelek-belek majalah yang tersedia di atas meja itu. Bila sedar dirinya diperhatikan, Dhani melemparkan senyuman menaDhannya. Nadia jadi tersipu malu. Tidak lama kemudian bosnya Encik Haris kembali. Dhani segera masuk ke bilik pejabat Encik Haris.
Waktu tengahari, Nadia turun makan di restoran berhampiran, ketika Nadia menunggu pesanannya, tiba-tiba satu suara menyapa.
“Boleh saya join kamu?”
Nadia agak terkejut bila melihat Dhani berdiri di tepi mejanya.
“Semua meja telah penuh..” ujarnya lagi dengan senyumannya yang mencairkan hati Nadia. Nadia agak tergagap tetapi mempersilakan Dhani duduk semeja dengannya. Mereka mula berbual dan memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula perbualan mereka agak lembab, tapi Dhani pandai berjenaka. Nadia tak henti-henti ketawa dibuatnya. Dhani menyerahkan kad namanya pada Nadia, dia juga membayar semua harga makanan.
“Terima kasih, belanja saya makan..” ujar Nadia sebelum mereka berpisah.
“Call saya kalau ada masa..” laung Dhani sebelum pergi. Nadia menggangguk. Hatinya berbunga riang.
Sejak hari itu, mereka kerap berhubung. Dhani selalu bercerita tentang apa saja dengannya. Dhani akan meluahkan apa saja yang ingin dikongsikannya pada Nadia. Lama kelamaan hubungan Nadia dengan Dhani menjadi erat. Putik-putik cinta bersemi. Dhani melamar cintanya pada hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Dengan sejambak bunga, kek harijadi dan seutas rantai. Nadia tidak akan lupa betapa bahagianya hati Dhanitanya hari itu. Bagaikan seorang puteri yang mencapai impiannya.
Tapi itu dulu, sebelum kehadiran gadis cantik yang baru pulang dari luar negara. Kini Dhani semakin sibuk. Dia tidak ada masa untuk menghubungi Nadia. Dia sudah ada teman lain untuk berkongsi cerita mahu pun masalah. Kalau dulu, Nadialah tempat mengadu bila hatinya resah atau terlalu penat dengan kerja, kini ada gadis lain yang mengambil alih peranan itu. Nadia semakin terkilan.
***************
Nadia tidak menghubungi Dhani lagi selepas dia ternampak gadis itu keluar dari rumah Dhani. Nadia tidak mahu menjadi muka tembok yang tidak tahu malu. Biarlah Dhani menghubunginya jika lelaki itu masih ingat padanya. Nadia ingin menganggap hubungannya dengan Dhani sudah berakhir.
Dia mengambil keputusan itu setelah memikirkannya masak-masak. Walau pun tiada kata putus antara mereka, Nadia lebih rela daripada mendengar kata perpisahan dari mulut Dhani. Namun setelah dua minggu, Dhani tidak juga menghubunginya. Hati Nadia semakin remuk redam.
“Hai Dia.. mendung je muka kamu kebelakangan ni..” Sapa Harun, rakan sekerjanya.
“Kau jangan sibuklah!!”
“Eh! Marah?” Sakat lelaki itu lagi. Nadia tarik muka masam. Dia memang selalu bermuram durja gara-gara hubungannya dengan Dhani yang dingin itu.
“Aku bukan apa Dia.. tapi sebagai kaDhan, aku kesian juga tengok kau ni.. badan pun dah susut.. kau makan hati ya?”
Harun bersuara lagi. Nadia tantang muka Harun dengan tajam. Dia tidak suka orang lain masuk campur dalam hal peribadinya.
“Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Encik Dhani tu.. aku rasa baik kau lupakan saja dia tu.. aku rasa kau pun tahu, Helina sudah balik dari luar negara. Si cantik tu akan bertunang dengan encik Dhani tak lama lagi.” Lancar benar Harun menceritakan hal itu. Darah Nadia rasanya tersirap hingga ke umbun-umbun. Dia tidak menyangka hubungan Dhani dengan gadis cantik itu sudah sampai ke tahap bertunang.
“Dari mana kau dapat tahu semua ni Harun?” tanya Nadia was-was. Betul ke budak Harun ni? Banyak sangat dia tahu tentang Dhani.
“Kau hairan? Aku sepupu Helina, memang la aku tahu banyak tentang dia dan Dhani..” Sahut Harun dengan yakin. Nadia tertunduk, matanya mulai terasa panas. Ada manik-manik jernih yang bertakung dibibir matanya. Sampai hati Dhani!
Hendak bertunang pun Dhani tidak memberitahunya.
“Mereka dijodohkan oleh keluargakah?” tanya Nadia lagi. Dia berharap Dhani berbuat demikian kerana terpaksa. Nadia enggan menerima hakikat kalau Dhani benar-benar mengkhianati cintanya!
“Sudahlah Nadia.. jangan berharap lagi! Helina tu memang kekasih dia.. sebelum kau bersama Dhani lagi.”
Hati Nadia hancur berkecai mendengar kebenaran itu. Jadi selama ini Dhani menipunya. Selama ini dialah pihak ketiga. Dia hanya sebagai boneka Dhani kala Helina tidak ada bersama. Cuma sandaran sementara saja! Patutlah Dhani tidak memperkenalkannya pada Helina bila Helina baru pulang. Dhani kata kaDhan sepermainannya dari kecil lagi baru pulang dari luar negara. Tapi sedikit pun dia tidak bersuara untuk memperkenalkan Nadia pada gadis itu, jadi memang benarlah Helina adalah kekasih lama seperti jangkaan Nadia!
Sakit hati Nadia terasa semakin dalam. Jantungnya seakan ditikam-tikam dengan pisau yang amat tajam. Dia benci Dhani. Dia benci Helina! Mengapa mereka melukakan hatinya. Mengapa Dhani mencambahkan cinta dihatinya, tapi kini dengan kejam membunuh cinta itu tanpa belas kasihan!
“Kenapa dia tidak beritahu aku?” kata Nadia seolah-olah bertanya pada Dhani.
“Entahlah Dia.. dia mungkin takut kau akan berjumpa Helina dan mengaku sebagai kekasihnya.. pasti hubungannya dengan Helina akan terjejas jika itu berlaku..”
Ada benarnya juga kata-kata Harun itu, patutlah Dhani enggan dihubungi. Dia takut rahsia hubungannya dengan Nadia terbongkar.
“Harun.. aku nak cuti setengah hari, hari ini.. tolong bagitau Encik Haris, katakan aku tak sihat..” Nadia mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya. Dia ingin meraung dan menjerit untuk melepaskan kesakitan yang sarat berbuku didadanya. Harun mengangguk. Dia kelihatan amat bersimpati dengan Nadia.
Nadia segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Zarul, adik sepupunya. “Kakak ni.. tolong ambil kakak di pejabat!” kata Nadia sebaik saja tNadian disambungkan.
“Ai! Awalnya.. ada apa hal kak?”
“Kakak tak sihat hari ni.. kau di mana sekarang?”
“Saya masih di bandar ni.. ada temuduga pukul 11.00 a.m., habis temuduga nanti saya ambil kakak macam mana?”
Nadia mengeluh. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tapi Zarul pula sibuk. Adik sepupunya itu baru tamat belajar dan sedang mencari kerja. Dia dihantar dari kampung oleh ibubapanya untuk tinggal bersama Nadia sementara mendapatkan pekerjaan. Zarul akan menghantar dan mengambilnya dari kerja setiap hari. Nadia baru saja membeli sebuah kereta kancil tapi dia tidak mempunyai lesen memandu. Nasib baiklah Zarul sudah mendapatkan lesen memandu, secara tidak langsung Zarul menjadi pemandu sementara kepada Nadia yang baru memohon lesen memandu dan masih dalam proses pembelajaran.
“Tak apalah! Kakak naik bas saja..”
“Eh! jangan lah..! Zarul datang sekarang..”
“Kan kau nak temuduga.. nanti terlewat pula.. sekarang dah pukul 10.30 a.m..”
“Alah.. masih sempat!” TNadian terus diputuskan. Nadia mengeluh. Zarul berkeras mahu menghantarnya pulang meski pun dia ada temuduga. Nadia terpaksa menunggu. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi hon di luar. Nadia segera keluar dan masuk ke perut kereta.
“Tengok.. sudah pukul 10.40am.. mana sempat!” ujar Nadia sambil menunjukkan jam tangannya pada Zarul.
“Sempat.. bukannya jauh!” balas Zarul sambil ketawa kecil.
“Ha.. nak bawa laju lah tu! Zarul.. kakak rasa baik Zarul pergi tempat temuduga tu, kakak tunggu di kereta.” Cadang Nadia.
“Emn.. idea yang baik..” Zarul setuju. Kereta segera meluncur ke tempat yang dituju.
“Eh! Kau temuduga di sini?”
Zarul angguk. Nadia kenal benar dengan bangunan itu. Bangunan itu adalah milik ibu Dhani. Jadi Zarul pergi temuduga di syarikat milik keluarga Dhani. Nadia benar-benar tidak senang hati!
“Zarul kejap saja.. kakak tunggu ya!” Zarul bergeges masuk ke dalam bangunan itu.
Nadia mendengar radio sementara menunggu Zarul masuk ke dalam. Tiba-tiba sebuah kereta masuk parking benar-benar di sebelah keretanya. Nadia macam kenal kereta itu, dia menoleh memandang pemandunya. Nadia tersentak, Dhani! Lantas Nadia berpura-pura tidak melihat Dhani. Nadia menundukkan kepalanya sambil membaca surat khabar yang dibeli Zarul. Bila Nadia sudah pasti Dhani telah pergi barulah Nadia tercangak-cangak mencari kelibat lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengelakkan diri dari bersemuka dengan Dhani. Biarlah hubungan mereka berlalu bagai angin yang datang menyapanya untuk seketika. Rasanya tak perlu lagi Nadia hendak berperang besar dengan Dhani atau Helina. Nadia sedar siapa dirinya. Kalau nak rajuk biar pada yang sayang, kalau orang dah tak sudi buat apa Nadia nak terhegih-hegih menagih perhatian Dhani. Namun jauh di sudut hati Nadia, dia merasa cukup pedih dan sengsara. Cinta yang mekar di hatinya itu bukannya mudah hendak dibuang dalam sekelip mata!
Ketika dia sibuk merenungi nasib diri, tiba-tiba Zarul muncul mengetuk cermin kereta. Di belakangnya kelihatan Dhani yang memandangnya dengan wajah penuh misteri. Nadia segera membuka tingkap.
“Kakak.. saya telah diterima bekerja di sini.. emn! Ni lah bos saya.. katanya nak jumpa kakak..” kata Zarul sambil tersenyum simpul. Hati Nadia menjadi tidak keruan. Dia memandang muka Zarul dan Dhani silih berganti.
“ Emn.. boleh kita cakap sendirian..?” Kata Dhani dengan tenang.
Nadia terasa lidahnya kelu. Dia yakin, Dhani mahu berterus terang dengannya kini. Terasa air mata mula bertakung di bibir matanya. Nadia mengangguk perlahan.
“Dia naik kereta Dhan?” Dhani membuka pintu keretanya. Nadia angguk lagi. Dia segera keluar dari kereta kancilnya dan masuk ke dalam kereta Honda Dhani.
“Zarul balik dulu lah!” kata Nadia pada Zarul. Zarul agak kehairanan kerana bakal bosnya mengajak kakak sepupunya masuk ke dalam keretanya pula. Tapi Zarul tidak membantah. Dia masuk ke dalam kereta dan beredar.
“Kita pergi tempat biasa?” kata Dhani lembut. Nadia tidak menyahut. Dia hanya terbayang puncak bukit di mana mereka selalu menghabiskan masa bersantai di situ. Dengan membawa sedikit bekalan, mereka seolah-olah berkelah di puncak bukit itu. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Helina. Nadia yakin, Dhani hendak bercakap tentang hubungan mereka pada hari ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka mengunjungi puncak bukit yang indah itu.
“Kenapa diam?”
Nadia menoleh memandang Dhani. Dhani melirik padanya sambil terus memandu. “ Emn.. tak ada apa..” Sahut Nadia malas.
Sebenarnya dia mahu meluahkan segala yang berbuku di hatinya. Dia mahu tanya tentang Helina dan mengapa Dhani merahsiakan hubungannya dengan Helina selama ini. Nadia ingin sekali mengamuk dan meradang atas sikap Dhani yang mempermainkan hati dan perasaannya. Namun, Nadia hanya membisu, dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Dhani. Cintanya pada Dhani begitu dalam dan Nadia pasrah jika terpaksa mendengar khabar buruk itu hari ini.
Sepuluh minit kemudian mereka sampai di puncak bukit. Suasana tenang dan dingin. Tapi hati Nadia semakin ketakutan. Takut menghadapi kata-kata perpisahan dari Dhani. Dhani kejam kerana mempermainkan harga dirinya. Nadia tidak mahu kelihatan bodoh dengan mengamuk atau melenting pada Dhani yang nyata menjadikannya sebagai boneka mainan. Itulah tekad Nadia. Nadia ingin terus bersabar!
“ Kenapa diam saja dari tadi Dia..?” tanya Dhani lagi. Dia memandang mata Nadia seolah-olah mencari-cari sesuatu di situ. Wajah Nadia muram saja. Tidak ada apa-apa di matanya kecuali kedukaan.
“Cakaplah apa yang Dhan nak cakap..” ujar Nadia membuang pandangannya dari wajah Dhani. Dhani menarik nafas berat. Sukar untuk memulakan kata-kata.
“ Dhan tahu, Nadia kecil hati kerana Dhan seolah-olah menjauhkan diri dari Dia.. maafkan Dhan..” Dhani mula membuka kata-kata. Nadia mengigit bibir menahan sendu di hatinya.
“Dia pun tidak mahu menghubungi Dhan lagi.. Dia juga seolah-olah tidak mahu ambil tahu tentang Dhan lagi..” Sambung Dhani.
Nadia terus membisu, dia enggan berkata apa-apa. Biarlah Dhani menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum mereka berpisah. Nadia bersiap untuk mendengar kebenaran yang pasti menyakitkan itu.
“Biarlah Dhan berterus terang dengan Dia…”
Nadia segera membelakangkan Dhani. Dia tahu apa yang bakal didengarnya. Airmatanya sudah luruh. Dhani tidak menyedari airmata itu kerana Nadia segera menyembunyikan wajahnya dengan menghadap hutan yang tebal.
“ Dhan..” suara Nadia serak. “ Boleh tak Dhan tak payah cakap apa yang Dhan nak cakap..” Nadia masih membelakangi Dhani. Suaranya bergetar, Dhani mula perasan ada pergolakan dalam perasaan Nadia. Dia ingin sekali memujuk.
“ Dia.. Dhan tahu Dia merajuk! Dhan tahu Dhan salah.. Kita berdamai o.k?”
Nadia segera berpaling ke arah Dhani. Dhani terharu melihat airmata Nadia yang bercucuran itu. “Sampai hati Dhan.. Dia tahu Dia tak sepadan dengan Dhan, tapi kenapa Dhan tak terus terang dengan Dia? Sepatutnya Dhan tak perlu minta maaf dengan Dia.. biarkan saja Dia! Kawin sajalah dengan kekasih hati Dhan tu.. sampai hati Dhan permainkan perasaan Dia..” Tersembur keluar semua yang berbuku dihatinya. Wajah Dhani nampak terkejut.
“Kenapa? Dhan tak sangka Dia sudah tahu hubungan Dhan dengan Helina? Dhan fikir Dia tak tahu Dhan nak bertunang dengannya? Cukuplah Dhan.. jangan nak siksa hati Dia lagi..” Ucap Nadia separuh menjerit. Dhani tercengang memandangnya.
“ Mana Dia dapat cerita ni?”
“ Itu tak penting.. yang penting mengapa Dhan permainkan perasaan Dia.. kenapa Dhan mahu bersama Dia sedangkan Dhan dah ada Helina..”
“ Dia.. Dia.. Dia! Dhan tak faham.. mana Dia dapat cerita Dhan nak tunang dengan Helina, sumpah Dia! Dia cuma kaDhan baik Dhan dari kecil lagi. Dia bukan kekasih Dhan!”
Nadia mula diam, tangisnya reda mendengar kata Dhani. Mereka berpandangan.
“Betul..?” tanya Nadia sambil mengesat airmatanya. Dhani angguk.
“Tapi kenapa Dhan tak kenalkan Dia dengan dia? Kenapa Dhan jauhkan diri sejak dia datang?” Dhan tarik nafas berat. Dia melangkah ke keretanya dan mengambil sesuatu.
“Nah!”
Beberapa keping gambar dihulurkan kepada Nadia. Nadia membelek semua gambar itu. Semuanya gambar dia bersama Zarul, ketika dalam kereta, di jalan raya dan di perkarangan rumah.
“Kenapa ada gambar Dia dan Zarul..?” tanya Nadia tidak faham.
“Kerana gambar inilah Dhan menjauhkan diri dari Dia.. beberapa minggu lepas, satu surat dikirimkan pada Dhan. Dalam surat itu ada gambar Dia dan Zarul. Kononnya Zarul adalah tunang Dia.. Dia telah ditunangkan oleh keluarga Dia.. Dhan pun frust la bila dapat tahu..” cerita Dhani dengan tenang.
“Tapi kenapa Dhan tak tanya pada Dia?” Kata Nadia dengan wajah yang lebih cerah. Sisa-sisa airmata sudah hilang.
“Itulah silap Dhan! Dhan mahu Dia sendiri yang berterus terang dengan Dhan.. tapi Dia sikit pun tidak cakap apa-apa, Zarul tinggal serumah dengan Dia .. tapi sedikit pun Dia tidak memberitahu Dhan.. tentulah Dhan salah faham. Dhan geram, marah dan benci pada Dia sebab tu Dhan malas nak layan Dia.. malas nak sambut call Dia.. Manalah Dhan tahu Zarul tu adik sepupu Dia.. mujurlah dia datang temuduga tadi, Dhan masih cam muka Zarul dalam gambar tu. Dhan memang nampak Dia dalam kereta tunggu Zarul tadi, tapi Dhan tak tegur Dia kerana Dhan masih salah faham dengan Dia, tapi lepas temuduga Zarul tadi, Dhan tanya Zarul siapa gadis yang tunggu dalam kereta? Barulah Dhan tahu Zarul adalah adik sepupu Dia.. barulah Dhan tahu selama ni Dhan salah faham dengan Dia.. Dhan nak minta maaf, Dia?”
Nadia termangu mendengar cerita Dhani. Rupanya ada kisah yang diluar jangkaannya. Siapa pula yang mengambil gambarnya dengan Zarul dan mengatakannya bertunang? Nadia keliru.
“Dhan tak tunang dengan Helina?”
“Sumpah tidak! Siapa yang cakap ni..”
“Harun.. sepupu Helina! Katanya Dhan memang kekasih Helina sebelum Dhan bersama Dia lagi.. katanya tak lama lagi Dhan akan bertunang dengan Helina.. Lagi pun Dhan semakin menjauhkan diri dari Dia sejak dia datang..” jelas Nadia. Dia mula ragu dengan kata-kata Harun.
“Mestilah Dhan jauhkan diri dari Dia masa tu, sebab Dhan marah pasal gambar Dia dengan Zarul.. Dhan malas nak kenalkan Dia dengan Helina kerana masa tu Dhan benar-benar salah sangka pada Dia.. maaf ye sayang..” Dhani menarik tangan Nadia dan memandang tepat ke matanya. Nadia angguk sambil menarik nafas lega. Dia menyangka Dhani hendak memutuskan hubungan tapi kini sebaliknya.
“Memang benar Harun tu sepupu Helina, tapi hairan mengapa dia nak menghancurkan hubungan kita pula?” Kata Dhani penuh tanda tanya. Nadia angkat bahu. Kini hatinya lega. Gadis cantik itu ternyata tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan Dhani. Rupanya semua masalah itu hanyalah salah faham dan fitnah orang lain. Cemburunya pada gadis itu hilang serta merta.
“Dan hairan.. siapa pula yang ambil gambar Dia serta hantar kat Dhan? Sudah jelas ada orang yang mahu musnahkan hubungan kita?” Kata Nadia pula.
“Ya! Mungkin Harun juga?” Nadia mengganguk tanda setuju dengan kata-kata Dhani itu. mereka berpandangan. Saling tersenyum. Mereka tidak peduli apakah motif Harun, yang paling penting kini mereka sudah kembali bersama.
“Maaf ya?” tanya Dhani sekali lagi.
“Dia juga..” Balas Nadia.
“Sia-sia saja Dhan bencikan Dia.. tahu-tahu cuma salah faham..” Kata Dhani sambil ketawa kecil. Teringat akan sikapnya beberapa minggu yang lepas. Seluruh isi rumah menjadi tempatnya melepaskan marah. Berbakul-bakul leteran ibu kepadanya kerana sikapnya menjadi garang tidak tentu pasal. Anak-anak buahnya di pejabat pun tidak berani curi tulang, takut pada Dhani yang tidak semena-mena bertukar angin. Bos yang dulunya peramah dan mesra menjadi bengis tak menentu. Pantang silap sikit adalah yang kena marah! Semuanya pasal gambar yang diterimanya itu. Helina pun selalu merungut dengan perangainya yang selalu berubah angin. Hendak berlawak jenaka pun susah. Kalau senyum pun bagaikan terpaksa!
“BenarkahDhan bencikan Dia?” Tanya Nadia menduga.
“ Ya! Benci sangat.. benci tapi rindu..ha ha ha.. merana betul Dhan menanggung rindu tidak jumpa Dia beberapa minggu. Kadang-kadang Dhan harap Dia akan call atau SMS Dhan.. tapi bila buka handset.. sunyi saja..” luah Dhani tentang perasaannya ketika musim dingin hubungan mereka.
“Dia juga.. nak call Dhan.. tapi teringat Helina mungkin sedang bersama Dhan..” Ujar Nadia pula, mereka tertawa bersama. Rupanya mereka sama saja, cemburu buta!
“Zarul cakap Dia tak sihat? Minta hantar balik rumah..” tanya Dhani dengan muka bimbang. Muka Nadia memang pucat saja tadi.
“Emn..” Nadia tersenyum nipis. Kini dia kelihatan berseri-seri.
“Dia sakit apa?” tanya Dhani lagi sambil sentuh dahi Nadia.
“Sakit hati..” jawabnya dengan menahan senyum.
“Oh.. rupanya! Sakit hati kenapa boleh senyum?” ujar Dhani setelah mendapat tahu. Dia turut senyum meleret. Nadia hanya menolak bahu Dhani dengan manja. Dhani tertawa melihat riaksi Nadia.
“Dia..” Panggil Dhani dengan suara romantis. Nadia mendongak ke arah wajah lelaki yang dicintainya itu. Rindu benar hatinya pada Dhani. Mujurlah semuanya sudah berubah baik.
“Emn..”
“Jom kita kawin?”
Mata Nadia terbelalak. Dia menatap wajah Dhani minta kepastian akan lamaran yang tiba-tiba itu.
“Kenapa? Tak sudi?”Tanya Dhani lagi.
“Dhan lamar Dia?” Angguk.
“Bunga? Cincin? Takkan nak lamar macam ni saja?” usik Nadia dengan senyum nakal. Dhani ketawa besar. Dia menarik Nadia masuk ke dalam keretanya. Nadia kehairanan.
“Jom kita pergi beli bunga dan cincin!!” balas Dhani sambil masuk ke dalam perut kereta. Kereta meluncur laju menuju ke bandaraya.
“Mulai saat ini.. kalau ada apa-apa masalah, kita mesti bincang! Jangan simpan sendiri dalam hati.. o.k?” bisik Dhani sambil memimpin tangan Nadia menuju ke kedai bunga terhampir. Nadia mengangguk. Wajahnya penuh dengan senyuman bahagia. Dugaan seperti itu mungkin datang lagi. Tapi kalau saling cinta menyintai, kalau saling kasih mengasihi dan kalau saling mempercayai antara satu sama lain, apa pun dugaannya pasti dapat diredah bersama. Ternyata dugaan cinta itu berlalu juga!

0 komentar:
Posting Komentar